Jumaat, 24 September 2010

 Ini jambatan kat Dungun...cantik tak apa ko orang ingat Pulau Pinang je ada jambatan? Ala malas nak bising je kan....hi..ho....

 Ini mak aku...beli pulut, suka sangat dapat makan pulut...Ini kat Pasar Dungun...best kat sini...macam2 ada, apa yang tak ada. Cakap je....ikan, sotong dan udang segar2 gilar....











 Ini lah keadaan pagi2 kat Dungun.....



Ini pulak kat dalam kedai kat tepi bandar Dungun, kedai ini aku tengah drive tipa berhenti sebab perut dah lapar. Masuk2 akak tu layan best sgt dan banyak nassi kat kedai tu. Antaranya nasi lemak bilih ( ikan bilis), nasi lemak ikan dan paling best nasi berlauk ikan tongkol. Best giler baru aku rasa macam anak ganu sebab selama ini lama aku duduk luar jadi banyak aku tak boleh merasa kat sini. Walaupon terengganu tak ada byk tempat best2 tapi kehidupan kita tenang.




Berbalik pasal kedai tepi jalan ini, akak tu mesra sgt bukan aku nak mengatal lagi pon akak tu dah umur mak dah. Tapi dia mesra sebab aku bukan nak kata banyak org melayu ini kurang mesra. Sebab aku selalu kena tapi nasib perut lapar. Ini kalau tidak muka macam nak makan aku pulak padahal aku nak bagi duit kat dia tapi layanan macam hampeh. Akak tu sampai tanya kat kita orang sedap tak nasi dia dan datang lah lagi wah macam hotel 5 star ini. Aku rasa mesti kaka ini kaya sebab dia pandai meniaga. Hi....hi...
                                                
Pagi Jummat yang sejuk sebab hujan yang agak lebat tapi kami sekeluarga still pi Dungun. Bukan jauh sgt dari rumah kami, kakak aku nak cari barang kat sana. Dungun ini biasanya tak ada apa sgt hari jummat sebab banyak kedai tutup. Kat Terengganu dia orang hormat hari ini. Ha ini gambar teh tarik waktu sarapan pagi tadi best panas giler rasa nak terbakar aku punya lidah tapi ok lah sebab hujan. Filing giler siot...